ekaunseling
   Utama      Dengki khianat perosak diri
 

widgets
 
 

 
Salam Sejahtera Pembaca....
 
Pada pembuka bicara tentang perkara DENGKI KHIANAT ini, suka saya memetik beberapa
Ayat Al Quran dari Quran.com dari carian ini http://quran.com/search?q=dengki seperti 
di Screenshoot di bawah:-
 

 
Dari petikan ini, jika kita mendalami dan menghayatinya, maka dengki khianat itu sangat
dibenci oleh Allah sehingga ia akan membawa kepada kufur.
 
Malangnya ramai yang gagal mendidik hati mereka untuk menghindari diri dari menyemai perasaan dengki khianat kepada orang lain. Persoalannya, adakah mereka ini mempunyai PENYAKIT HATI yang sukar di ubati>>?
 
Saya juga memetik sedikit tulisan sahabat kita http://fitrihadi.com/2014/05/bongkar-kenapa-orang-melayu-susah-berjaya-dalam-perniagaan/ (dengan izin) tentang kenapa 
orang Melayu selalu gagal dalam perniagaan.
 
Saya amat yakin dengan kata-kata Tun Mahathir ini:-
 

Saya tak takut dengan persaingan orang Cina. Yang saya takut ialah hasad dengki orang Melayu – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sedangkan bagi orang cina, mereka perlahan-lahan membina kemesraan dan kepercayaan (network) dengan pelanggan dan akhirnya keuntungan akan datang bila pelanggan akan sentiasa kembali berurus niaga kerana selesa untuk berurusan dengan peniaga tersebut.

Sebab itulah saya dapat lihat ramai peniaga cina yang mesra dan baik hati dalam berniaga. Inilah sikap yang orang melayu patut contohi. Sudah banyak kali penulis jumpa peniaga melayu yang berniaga berbekalkan muka 10 sen. Bukan sahaja peniaga tetapi termasuk juga pelayan restoran. Layan pun acuh tak acuh. Kalau macam tu gayanya, macam mana lah rezeki nak masuk. Tak gitu?

Kalau jumpa peniaga macam ini, memang saya angkat kaki je. Bukanlah tanak support orang melayu tapi ikhlaskah dia jika berniaga dengan muka yang langsung tidak mesra alam? Sampaikan kita pun tak ikhlas nak berurus niaga dengan dia. Sebab tulah peniaga yang macam tu, akan buatkan pelanggan susah nak kembali untuk berjual beli."

Inikah sikap orang Melayu. ADAKAH ANDA JUGA TERMASUK DALAM KELOMPOK INI YANG TIDAK SENANG, IRI HATI, DENGKI DAN KHIANAT DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN SEHINGGA ANDA BERTINDAK MEMFITNAH, SABOTAJ DAN MENGADU DOMBA MALAH MENGHASUT ORGANISASI SUPAYA MENGHANCURKAN PERNIAGAAN ORANG LAIN?. 

JIKA INI NIAT ANDA, MAKA ANDA TERMASUK DALAM KELOMPOK ORANG-ORANG YANG HAMPIR KUFUR.

Oleh itu, bersihkanlah hati anda, hindarkan dari dengki khianat kerana anda dibenci Allah, Hidup anda akan dipenuhi dengan hasad dengki, anda tidak tenang hidup. Didiklah hati anda supaya tidak khianat kepada orang lain. Buat saja kerja anda, usah menjadi salah seorang dari Melayu yang menjatuhkan Melayu kerana anda tidak untung apapun...melainkan rugi dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.


 
 
KOLEKSIMINDA
https://koleksiminda.com