ekaunseling
   Utama      Tafsiran Ujian Minat Kerjaya Riasec
 

widgets
 
 

 

Gunakan Kod yang paling tinggi markahnya....Anda ingin mencuba meneliti apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan anda?.



PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MEMBUAT UJIAN PSIKOMETRIK DAN TELAH MENDAPATKOD 3 MATA HOLLAND

BOLEH KLIK HURUF DIBAWAH UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN 

 

R

I

A

S

E

C


 

JIKA ANDA BELUM PERNAH MEMBUAT UJIAN RIASEC 

.........../Cubalah UJIAN RIASEC ONLINE ANTARABANGSA  

klik BANNER DI BAWAH



             

TAFSIRAN RIASEC

1. Realistik (Realistic)

Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam pejabat
 
2. Siasatan (Investigative)

Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal baca perincian

3. Kesenian (Artistic)
Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.
 

4. Sosial (Social)

Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.
 

5. Berdaya Usaha (Enterprising)

Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. 
 
 

6. Konvensional / Kelaziman (Conventional)

Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
LANGKAH 1 : MENGENALI DIRI ANDA

Melalui fasa ini pelajar perlu mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta potensi yang dimiliki. Penekanan kepada minat kerjaya, nilai kerjaya dan pencapaian . 

Terdapat 3 ujian psikologi yang boleh membantu anda mengenali diri anda iaitu " Self Directed Search "( SDS ), Inventori Personaliti Sidek ( IPS ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek ( INPS ). 

Manakala bagi mengenalpasti pencapaian, pelajar boleh menggunakan keputusan peperiksan PMR dan mata pelajaran matematik dan sains sangat diberikan perhatian.. Melalui ujian " Self Directed Search " ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya anda boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan anda. 

Misalnya, jika anda termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R ) maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan anda, manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntuan atau Juru akaun adalah bersesuaian dengan anda. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja. Oleh yang demikian pelajar dinasihatkan untuk menjalankan ujian - ujian di atas di sekolah masing - masing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,
 
 
LANGKAH 2 : TEROKA PELUANG ANDA

Langkah berikutnya akan membawa anda meneroka pilihan dan peluang yang ada. Peringkat ini memerlukan anda mendapatkan pelbagai jenis maklumat berkaitan dengan bidang minat kerjaya anda. Misalnya anda berada dalam kumpulan minat kerjaya Realistik ( R ), maka apakah kerjaya kumpulan tersebut. Memahami bidang dan sub bidangnya. Memahami perbezaan diantara 3 bidang kejuruteraan, Mekanikal, Awam dan elektrikal. Mengenalpasti kerjaya dalam kumpulan kejuruteraan Awam seperti Juru Ukur Tanah, Arkitek, Pengurus Bangunan ataupun pegawai penilai hartanah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan internet " Maklumat dihujung jari " bertujuan untuk memahami bidang kerjaya tersebut. Bila menyebut memahami, bermaksud anda dapat mendefinisikan bidang kerjaya yang dipilih, deskripsi tugas, cabaran, pendidikan lanjutan , persekitaran kerja dan pelbagai kreteria lain yang dapat memotivasikan anda untuk meminati bidang kerjaya tersebut.
 
 
LANGKAH 3 : MEMBUAT KEPUTUSAN
 
Langkah ke 3 , memerlukan anda membuat keputusan pekerjaan pilihan anda. Setelah selesaikan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Sila senaraikan seberapa banyak jenis pekerjaan yang bersesuaian dan menarik minat anda. Misalnya anda telah memilih 40 jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan kod 3 mata Holland yang diperolehi melalui ujian " Self Directed Search ", dan anda telah membuat penelitian mengenai setiap pekerjaan tersebut. Kemudian anda hendaklah menyenarai pendek daripada 40 jenis pekerjaan kepada 10 jenis pekerjaan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat kursus, prospek kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, kos , minat dan potensi. Susunkan 10 jenis pekerjaan mengikut keutamaannya. Kelaskan pekerjaan tersebut mengikut kursus yang ditawarkan.
 
 
LANGKAH 4 : TERUSKAN
 
Langkah ini merupakan langkah terakhir. Setelah membuat pengkelasan kursus barulah anda kenalpasti kursus pilihan yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian anda dalam peperiksaan PMR
 
 

KOLEKSIMINDA
https://koleksiminda.com