ekaunseling
   Utama      ekaunseling      Kaunseling Dari Al Qur'an
 

widgets
 
 
Assalamualaikum wrb wbt dan salam sejahtera. Ruangan motivasi dan kaunseling dari Al-Qur'an ini sedang dibina sedikit demi sedikit untuk rujukan dan panduan kita bersama. Gunakanlah ia sebaiknya sebagai bahan rujukan bagi memotivasi dan mengukuhkan pegangan khususnya memulakan Kaunseling berpandukan Al Qur'an yang pastinya boleh mengekalkan perubahan diri individu. InsyaAllah. - Wan Zainal Wan zi
Allah menurunkan ayat ini kepada Baginda Rasullallah melalui malaikat bagi memerintahkan Nabi untuk membaca. Maka, kita perlu mengambil pengajaran darinya bahawa:-
1. Membaca, yakni belajar menyebut huruf demi huruf, ayat demi ayat itu adalah menjadi kewajipan kepada kita.
2. Membaca juga boleh dirujuk kepada menuntut ilmu kerana setiap ilmu yang hendak dipelajari itu perlulah melalui bacaan.
3. Asas dalam kehidupan kita adalah membaca bagi memperolehi maklumat dan ilmu yang akan menjadi bekalan kepada kita.
4. Tidak kira kita hidup sebagai apa pun jawatan kita, khususnya pelajar perlulah membaca sentiasa terutama dalam pelajaran yang diajar kerana dengan cara ini kita akan menjdapat ilmu dan menjadi pandai.
5. Maka, ubahlah hidup kita dengan membaca kerana selain dari mendapat ilmu untuk kepandaian di dunia, ia akan mendapat ganjaran dari Allah.
6. Maka bacalah segala ilmu yang telah diberi panduan di dalam Al-Quran.
96:1 & 96:2 Surah Al-Alaq
Bagi mendapatkan ayat-ayat dan terjemahan selanjutnya, sila layari pautan di bawah:-
KOLEKSIMINDA
https://koleksiminda.com