ekaunseling
   Utama      ekaunseling      Kejayaan Dan Kegagalan
 

widgets
 
 
 

MARI BERFIKIR

 

ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEJAHTERA...
 
Hari ini sempat saya menulis satu artikel ini sahaja. Judul yang mudah dan tidak lah begitu hebat. Namun, mari kita berfikir sejenak tentang kehebatan orak kita yang dikurniakan oleh allah.
 
Sewaktu kita dilahirkan dahulu, tanpa kita sedari kita telah mula berfikir. Berfikir untuk menangis, berfikir untuk makan kerana lapar danb berfikir untuk keselesaan diri.
 

apa tidaknya, setelah selamat kita keluar dari rahim ibu, kita akan memulakan hidup dengan mengeluarkan suara. Menangis. Walaupun tiada siapa yang mengajar kita menangis semasa berada dalam rahim ibu, kita sudah pandai menangis tatkala belum sampai sesaat kita hadir kedunia.

Kita menangis, suara yang kuat, memberitahu bahawa kita telah dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi.

Kita akan diam menangis apabila kita dimandikan, dibersihkan dan diberi selimut (bedung). maka tatkala itu kita merasa selesa. Keselesaan itu telah menjadikan kita diam dan...dan..

Kita akan menangis semula apabila kita terasa perut sudah lapar. Maka si ibu akan menyusukan kita. Siapa yang mengajar kita?.
 

Maka, tatkala itulah kita susah mula menuntut ilmu. Ilmu yang dihidayahkan oleh Allah secara tidak sedar yang menjadikan kita pandai merasa tidak selesa, lapar dan dahaga.

Maka hari ini kita perlu berfikir bahawa jika sewaktu kecil itu aku sudah mula mendapat ilmu yang dihidayahkan oleh allh, kenapa pula hari ini ketika umurku sudah 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun AKU MENJADI PEMALAS untuk menuntutu ilmu???.
 

Kenapa demikian???

Maka sewajarnya hari ini aku perlu berfikir bahawa menuntut ilmu itu adalah kewajipan dari alam sebelum lahir hinggalah akhir hayat. Kerana ianya wajib dan diwajibkan. Fikirlah....
 
ANDA INGIN MEMBERI PANDANGAN??? KLIK DI SINI
KOLEKSIMINDA
https://koleksiminda.com