ekaunseling
   Utama      mendidik hati
 

widgets
 
 
 
 

Anak saya dan anak murid saya bercita-cita menjadi Doktor, Peguam, Arkitek atau akauntan tetapi malas belajar, tidak menumpukan perhatian, ponteng dan tidak memanafaatkan masa.

Jawapan nya mudah, semuanya soal hati. Mulut menyatakan ingin menjadi itu dan ini tetapi tidak dihati. Hati tidak sepenuhnya memusatkan kepada apa yang disebut. Hati tidak memfokuskan kepada apa yang diungkap. Hati gagal menyahut apa yang diucap.

Lantaran itu, segala yang disebut tidak dilakukan dengan sepenuhnya. Ini akan menggagalkan semua harapan itu.

Secara ringkas diungkapkan bahawa untuk membolehkan ungkapan mulut itu tercapai maka hati perlu dididik dan dibersihkan. Hati perlu dihindarkan dari berniat serong, menipu, berpura-pura, dengki dan tidak ikhlas.

Hati hendaklah dididik supaya sentiasa ikhlas, bersih, beriman dan bertaqwa.

Apabila hati bersih dan ikhlas, belajar akan cepat faham, membaca ajan cepat ingat.

Saya simpulkan bahawa "kita boleh menjadi lebih cemerlang dengan mendidik hati kita dengan sifat-sifat yang bersih, ikhlas dan mulia".

InsyaAllah. Terima kasih.

 
 
Mendidik Hati dengan Ilmu
 


KOLEKSIMINDA
https://koleksiminda.com